Sunday 11 March 2012

adakah kita sudah lupa?


Assalamualaikum awak!
Fuhhh finally sampai gak kat rumah, setelah konflik tiket habis diselesaikan dengan bijak. Wohoho. Balik Batu Pahat je pon tiket habis, takfaham. Zzzzzzzzz.

As usual, selalu ambik bas Pontian cz selalu saing ngn Nad. Tapi tadi ahli ‘’Balik Kampung’’ dah bertambah lagi sorang, junior dorm Nad. Diana. She’s a nice girl btw . Hehe. Akibat terlalu penat dan tension berdiri tunggu bas, kitaorg membutaaa sampai tak sedar pn aku dah sampai ke location. As usual, since ambik bas Pontian, aku turun kat Rengit, boleh lagi pakcik driver bus ni main terlajak2. So den terpakse la berjalan dengan beg yg berat ke bustop tersebut. Tp ade hikmahnyaaa, kat situ, make me realize something.

Then g public ngn call my father, dia ckp dia ambk lambat sikit cz ade hal. Ok then. Tunggu la dekat bustop tuh.

Disebabkan perut tengah berkeroncong lagu Sway, aku pn terperasan la ada pakcik jual kuih dengan anak lelaki dia yg kelihatannyaa sangat baik dan comel (bawah umur).


Masa tu fikir nak beli ke tak  nak beli ke tak. Mase dok fikir2 tu, dtg la sorg hamba Allah ni beli kuih. Disebabkan pakcik tu tengah sibuk menggoreng, budak kecik tula yg layan org yg nak beli kuih tu.

‘’5 Ringgit dik.’’
‘’Sardin ke kentang cik?’’
‘’Campur.’’

Sedang adik tersebut sibuk memasukkan kuih2 ke dalam plastik, hamba Allah itu berkata :
‘’Adik nanti dah besar nak jadi macam ayah ke?’’

Adik tu diam je.

‘’Haa adik? Nak ke?’’

Dengan tidak semena-mena,pipi basahhh dihujani sejenis cecair yg mengalir dari mata. Taktahulah kenapa.

Pakcik jual kuih tu buat2 takperasan, buat taktahu n keep on with his job. But I know, from his face jauh dalam sudut hati dia. Allah je yg tahu. Tak tahu kenapa, sampai ke situ aku fikir.

Tapi aku taksalahkan pun hamba Allah ni, mungkin niat dia baik.. Tapi siapa kita nak menghukum org? mungkin betul ape yg dia fikir, anak pakcik tu must be better than him, tapi bagi aku cara dia salah.

Entah la, aku taktahu ape yg aku tengah fikir. Tapi, aku meletakkan diri aku kat tempat pakcik tu. Mungkin betul, dia bukan org senang, tapi still, aku kagum. Dia usaha cari rezeki yg halal untuk keluarga dia, better than org yg belajar pandai2 tapi akhlak takde cr rezeki dengan cara yg haram, makan rasuah. Kan? Tak semua kerja yg tinggi gajinyaaa tu mulia.  Is it true? Aku still ingat lagi masa sekolah rendah cikgu aku ade cakap dalam dunia nak cari org pandai melambak, tapi nak cari org yg pandai+amanah susah nak jumpe.

N then pakcik tu pergi kedai makan beli ais, maybe terkesann dengan kejadian tadi. Then budak kecik tu senyum kat aku. Laa baru perasan aku ke dik oi? Tahu la kite kurus inverted comma.

‘’Jual ape dik?’’ (wt2 tanye walaupun tahu)
‘’Kuih, ade mcm2 la’’
‘’Boleh tak nak yg tu? 2 ringgit?’’
‘’Sardin ke?’’
‘’Boleh jela.’’
Then he gave me a plastic of kueh.
Then he said, ‘eh akak! Nanti jap’’ he returned back 20 cent to me.
I said ‘’eh kenapa?’’
Dengan nada comel dia berkata ‘’kuih ni satu 60 sen, tu ade tiga je sbb tu ade baki 20 sen.hehe’’

Then aku pn  tgk la dalam plastic tu, wahh betul la.
‘’Ohh! Terima kasih!’’ (wt muke comel jugak ) :p

See, even dia bukan orang senang, he’s still honest, n im pretty sure, he learnt that from his father.

Moral value yg didapati hari ini ialah : We should not judge book by its cover, jangan la hukum orang disebabkan kesilapan masa lalu,

Same la jugak dengan kes boikot kantin kat Samura tu, siapa lah kita nak menghukum org lain. Dah memang perangai makcik tu mcm tu, ape kita boleh buat? Kite patut doakan dia berubah bukan makin lawan dia, makin jahat la dia. Api kalau dilawan dengan api, ape nak jadi. Adekah perkara tu pun boleh dikiraaa sebagai UNITE? Banyak lagi benda lain boleh buat, hw yg cikgu bg pon berlambak lagi. Kan? Daripada ‘’UNITE’’ boikot kantin, lebih baik la UNITE naikkan 4.24. Ubah persepsi cikgu2. Kan kan?


Sape la kite nak merendahkan hidup orang lain, mengutuk mengata. Kita cuma hamba, ilmu, harta yg kita ada semuaa milik Allah, so, watpe kitaa nak bangga sangat?

‘’Tidak masuk ke syurga seorang hamba Allah walau terdapat sedikit sahaja sifat takbur dalam hatinya.’’

Cube letakkan diri kita pada mereka, cuba bayangkan pakcik tu ayah kita, sekuat mana pun org tu, mesti akan rapuh bilaaa dengar org ckp cmtu.

Lagi2 minah yg tengah type entry ni. since duduk asrama ni, dia mane boleh kalau ade org sebut pasal mak bapak ni. memang meleleh hingus semuaa. Zzzzzzzzzzzz

Hmm. Then tertiba plak teringat Mr. Ooi. Baru semalam dia pesan benda yg bg kesan yg sgt mendalam dlm hidup aku.

‘’Saya dulu budak kampung je, duduk kat sawah padi, rumah jauh2 drpd orang lain. Saya takda skills lain, so bila saya fikir,apekah cara untuk saya keluar daripada semua ni? Study. Kan? U should remember, the only way out is what? Study.’’

I wish that cute boy will achieve success in his life. Amin.

 Because I strongly believe, org yg baik akan dapat benda yg baik.

Kalau kita perasan,  ada orang yg taksempat belajar sebab busy n so on, tapi tertiba result dia gempak. Mungkin sebab dia jaga hubungan dengan Allah, dengan manusia. Mase exam tu Allah bg dia ketenangan&ilham untuk jawap, Allah balas balik disebabkan kebaikan yg dia wat.


Allah itu Maha Agung, Maha Berkuasa.

Tahu kan?

Then, aku nak reflex kat diri aku sikit, ape yg aku dah buat untuk balas setiap titik peluh yg keluar drpd mak abah aku?


Masih lg zero. Aku cumee mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka dunia akhirat. Dari jauh.

Tapi, aku yakin. Suatu hari nanti, dengan bantuan Allah. Aku mampu. Aku akan usaha. Insyaallah.



Eh, mcm dah jauh sgt lari dari topik nih.


Errrrrrr.


Daripada kemerepekkan ini menjadi lebih berleluasa, baik aku stop.


Hehe. Bye.

p/s : entry ini ditulis bukan dengan niat ingin memburukkan sesiapa. sedarlah kita dan awak. kita dah terlalu lupa siapa kita di dunia ini. terlalu menyimpang dari matlamat utama kita. Sesungguhnya, kita tidak perlu menjadi sempurna untuk menegur kesilapan org lain dan kita tak perlu menunggu org yg sempurna untuk menegur kita kerana sesungguhnya tiada apa yg sempurna melainkan Allah ;) :D



Monday 23 January 2012

wake me up.

assalamualaikum! ohh hai all. lama rasanya tak menaip dekat sini. kekoknyaaaaaa. maluuuuuuu. eeeeeeee gedik la kau. hahah. disebabkan saya, Azini Amiza Hashim merupakan SPMCANDY2012, memang harapan jela lepas cuti ni nak update belog ni lagi. harapan harapan. entry ni pun ditulis pada pukul 3 pagi akibat kebosanan. mak aii bajet gile minah ni. sempat plak bosan padahal hw bertimbun. biasalah tu kan. otak pon sometimes need fun kan?



tadi mase buat hw amboi mataa ni kemain mengantuk lagi, tapi bile depan lappy segar semacam je. mungkin fitrah manusia begitu. yela, org tu kan bangun awal pagi tadi. KONONNYA.





I, actually risau dengan kemalasan yg wujud dalam diri. semua org dah bangun dari mimpi tapi im still here. with my old attitude. wey! kau taknak kejut aku ke? rasa takmacam form5 langsung. LANGSUNG okay!




amboi nak marah pulak. naik sekolah ni dapat pule keluarga baru, taktahu nak happy ke tak, macam happy macam tak, entahlah. esh tak baik la aku ni. happy la. kot. apepon, batch 30 yg dapat Samura jangan lupee masuk rumah Pujangga ye. haha takmemasal promote rumah pulak.





ok then nak ceritaaa pasal jadual yg sgt pack sejak hari pertama ditabal menjadi pelajar tingkatan lima. ok, kau baca elok2 heh. pagi g sekolah balik sekolah pukul duaa pukul tiga ada kelas habis 4.30 then pukul 5 suku riadah pukul 8 kelas pukul 10.30 balik kelas. pukul 11.30 lights off. dengan hw yg bertimbun berapa banyakkah masa yang diperuntukkan untuk mmbuat hw? n yg paling kritikal ialah waktu study. oh time, how can i manage you properly?







n now dah nak masuk bulan 2 and aku masih kat sini, sama mcm tahun lepas. kosong. langsung takde revision n so on sedangkan my first trial adalah pada bulan MEI. awak tahu tak bulan Mei tu bulan berapa? bulan 5 awak :) n can u imagine, in 3 months, how i can catch up all the things? azini, please wake up!







azini masih tidak berpijak di bumi yg nyata apabila saya mengatakan trial penting untuk tawaran biasiswa JPA n so on.




Oh Allah, she's still dreaming.








I really dont know when she will wake up.













haaaaaaaa ni lagi,









kegemukan melanda diri. i dunt know why kenapa la aku ni liat gileeeeee nak joging mase riadah, baju dah takmuat dah wey!













ni pun takbangun2 lagi.




stresss ckp ngn minah ni, dia takkan bangun. dia kan sukaaa hidup dalam mimpi je.










hah? ape ni ape ni?









zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. =,=